31 October 2011

[ulangtahun ke dua]

Bismillahirahmanirahim..

hari ini, ulangtahun ke dua.
syukur, alhamdulillah.. dua tahun, cepat masa berlalu..
walau dua tahun, terasa terlalu banyak kenangan yang telah terukir. pahit manis yang telah dirasai menjadikan kehidupan ini lebih matang. memang, pengalaman banyak mendewasakan.
dua tahun lalu, kota Beijing ini dirasakan teramat asing pada diri, kini, perlahan-lahan masih belajar dalam mengenali..kerana di sini, diri mula belajar untuk mengerti..melangkah dalam dunia asing, tidak senang..tapi, kerana diri punyai mereka, segalanya bermula..
terima kasih Tuhan, kerana menghadirkan mereka..
separuh jalan sudah dilalui di sini, tinggal lagi separuh jalan untuk tetap diteruskan.. pantas, begitulah waktu..sehabis itu,pasti hati akan sedih meninggalkan kota ini..

kawan perjuangan, 
selamat ulangtahun ke dua, di bumi Beijing. :')


header baru, tapi sedih sebab ta cantik. hukhuk..

kalau dulu, kte suka quotes nie, "she looked back on her life and realized everything that happened had only made her much stronger"
tapi sbb bila pikir balik, kadang kadang, masa lalu dan benda lepas tuh, banyak buat kita terluka..sedihh..dan kecewa..walau mungkin ada bahagia..jadi, mungkin ada sesetengah perkara tuh, boleh buat kte lemah sbnarnya.. huhu..

so,ayat bawah nie lagi best, kan? hee ^^

"ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan.."

benar, bahagia itu memang ada, mungkin cuma kita yang tidak pernah merasa. bahagia itu, sebenarnya ada dalam setiap jiwa,dengan syarat, kita mengingati Dia, Pencipta kita..
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (Ar-Ra'd 13:28)
 
 kerana di sini, medan perjuangan menempuh jalan pulang.

memang, di sini adalah medan perjuangan. sebab hidup kita nie ada tujuan..kalau tanya, semua orang tahu, di sini memang tidak selamanya..sebab di sini, hanya sebuah persinggahan. sukar, aku sendiri rasa susah, takut nanti, tergelincir di tengah perjalanan sebelum sampai ke penghujungnya.. nauzubilah.. amat takut kalau hati memberontak sendiri.. tidak kuat untuk terus melawan nafsu dan bisikan syaitan. semoga hati ini Allah selalu pegang..


sebenarnya, kadang-kadang, diri mula merasa.
benarkah untuk terus menaip kata di sini. atau diam saja dari dunia maya ini.
takut nanti, apa yang tertulis di sini, tersalah niat atau menyimpang dari yang benar.
takut amat untuk menjawab segalanya apabila dipersoalkan di mahkamah akhirat nanti.
masih lagi mempertimbangkan..

p/s: minggu exam. satu dah, tinggal dua paper lagi.
mohon doa. :')

29 October 2011

[jalan ini, jalan yang dipilih]

Bismillahirahmanirahim..

metari pagi ini masih lagi mampu untuk dinikmati. dalam erti kata, syukur lagi.
kerana Allah masih lagi memberi ruang dan peluang. lalu, aku bertanya sendiri..
apa khabarkah engkau wahai hati?
apa khabarkah engkau wahai iman?
semoga hari-hari yang akan mendatang, kalian akan semakin kuat dan utuh dalam jasad ini..

fikiran mula menyinggah ke dasar waktu semalam. kembali merenung saat-saat aku mendapatkan sekali lagi kekuatan. saat terasa seoalah-olah Tuhanku berbicara langsung..
kitab Tuhan yang menjadi pendamping buat mencari kekuatan, ku dakap erat..air mata menitis tanpa henti erti mensyukuri..terasa kasihnya Pencipta buat seorang hambaNya..dalam mengerti bicara itu, aku jadi kaku. bisu sendiri..

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." 
(Ar-Rum 30:64)

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik" 
(Ar-Rum 30:69)

kata-kata bicara dari Tuhan, penuh makna yang mendalam. mengusik hati untuk terus melawan nafsu, bermujahadah. lalu, hati turut meyakinkan, benar, di sini hanya sementara. suatu masa nanti, aku akan kembali ke mana aku berasal. aku mahu berjumpa Tuhanku, tapi..aku malu..apakah persiapan yang telah aku lakukan untuk ku bawa bersama..untuk ku tunjuki pada Dia..dan menangis lagi..

aku, hanya seorang pengembara..dalam perjalanan sebagai seorang hamba..lalu aku teringat kata-kata Allahyarham asy-Syahid Syed Qutb yang pernah aku baca, "Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak di taburi dengan bunga-bunga tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak."


ini adalah sebuah perjalanan, jalan yang amat panjang,
mungkin jalan yang paling sukar dan yang paling berbahahaya.
tetapi, aku yakin pada hakikatnya, 
ini sebenarnya jalan yang paling pendek,
jalan yang paling senang dan yang paling selamat.
untuk melangkah ke syurga Allah..

InshaAllah..
Allah pasti akan permudahkan..

Tuhan, pilihlah aku..untuk syahid, di jalan ini..

28 October 2011

[nekad untuk terus melangkah lagi]

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful.
Bismillahirahmanirahim.



hari ini, aku hidup bukan lagi kerana kenangan semalam.
tetapi kerana aku bersyukur kerana masih diberi peluang.



Tuhan, kuatkan lagi hati ini untuk meneruskan.
kerana terkadang, hati ini masih lagi goyah.
terumbang ambing bermain dengan ombak permainan dunia.
diri masih lagi pincang tertipu dengan keasyikan.
Tuhan, betapa lemahnya aku.
aku tahu, jalan ini tidak mudah.
kerana andai jalan ini mudah, mesti sudah ramai yang telah melangkah.
tujuan hidup ini adalah menjadi hamba kepada Allah,
dan bukankah syurga itu terlalu indah?
 
 
ujian adalah tarbiah terus dari Allah.
dan, dengan ujian, barulah naik darjat seseorang di sisi Illahi.
syukur.
 
:')

26 October 2011

[jadi yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik]


tidak perlu mencari yang terbaik.
tetapi berusahalah untuk menjadi yang terbaik.
pasti nanti Allah akan pertemukan dengan yang terbaik juga.
InshaAllah..


 "When you stop searching for a prince and make Allah the king of your heart,
He will help you complete your fairytale."


mensyukuri pertemuan jodoh walau bukan dengan insan idaman,
asalkan si dia mencintai Tuhan, kita juga akan terus mencintainya tanpa alasan.

:')

23 October 2011

[kerana jodohku, rahsia Tuhanku]



Ya Rabb, 
Jika aku ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia ,tentu aku akan memilihnya.
Jika aku ada 10 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Jika aku ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Tetapi..
Jika aku hanya ada 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu. Maka, aku pun akan menerimanya sebagai PEMBERIAN TERBAIK dari-Mu. Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan. Buatlah aku setia pada pilihanMu. Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau
amanahkan..


Pergilah.. Biarkan hatiku sendiri.. Tidak aku sangka aku pernah senyum, menangis dan kegelisahan keranamu. Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku. Walau siapapun engkau, dari mana pun engkau, doakanlah aku di sini, untuk kuat menyimpan hati ini padamu. Ya Allah, penuhkan cinta-Mu dalam qalbuku agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku.

future zauj, 
di akad nanti, kita jumpa yaa.. 
moga Kau redha, Tuhanku.. 

:')

22 October 2011

[mahu di bawa pergi]

kini..
terasa langkah kian mulai lemah.
longlai untuk terus menapak ke depan.
adakah diri sudah pun berputus asa untuk hadapi segala.
atau mungkin kekuatan yang tertinggal hanyalah sisa.
sisa sisa yang bakal habis tenaganya.




 Tuhan..
bawalah aku pergi dari sini..
sudah terlalu penat lelah rasanya..
untuk terus meneruskan..


:'(

20 October 2011

[puisi | anak kecil]

aku tertanya sendiri.. 
bertanya pada sebuah hati..
walau sebenarnya sudah terlalu lama aku ingin..
menzahirkan melaung pada dunia ini..
duniawi..
mungkinkah sekarang umurmu sudah di akar bumi..
aku melihat..segalanya semakin kejam dan tidak lagi punya rasa manusiawi..

di sana..aku pandang ke sisi..
dia seorang anak kecil..
dia yang tidak pernah punya secalit dosa diri..
dirinya yang teramat suci murni..
anak kecil itu mahu dibelai dan dimanja..
tapi mengapa?
mengapa kini dia dibiar ditinggal sepi..
dibiarkan sepi tanpa rasa secalit dikasihani.. 
lebih tragedi lagi, 
dia sebenarnya dibiar sendiri oleh ibunya sendiri..

anak kecil..
dia menjadi mangsa atas karenah ibu ayahnya sendiri..
kerana nafsu mereka yang tidak mampu dibatasi.
lahirnya dia anak kecil, tanpa diminta dunia ini..
hadinya menjadi satu kehinaan buat diri…
walau pada hakikatnya, dia amat mulia pada Pencipta Illahi..
lalu, nyawanya dicabut ibu sendiri..
menyedihkan lagi, perginya juga dalam rasa amat dikasihani..

ingin aku melaung pada dunia kini..
di mana kini rasamu manusiawi?
di mana kini jiwamu manusiawi?
di mana kini hatimu manusiamwi?
mengapa terlalu tegar kau biar anak kecil itu dibunuh sendiri?
tahukah engkau, yang suatu ketika nanti..
anak kecil yang kau benci..
yang lahirnya walau tidak diminta ini..
anak kecil yang nyawanya telah dicabut pergi..
dengan zalim sekali..
dia..dia yang sebenarnya…
anak kecil yang bakal datang membantumu..
dia yang bakal datang untuk menarikmu..
dia yang bakal datang untuk menjemputmu..
untuk ke syurga ciptaan TuhanMu..
tapi.. bila sudah begini..
cubalah engkau fikir berkali-kali..
adakah dia akan datang lagi?
untuk mengakui ibu ayah yang telah bunuh dirinya saat dia lahir lagi?
jauh sekali untuk dia memimpin membawa pergi..
bersama dia untuk ke syurga yang abadi..
mungkin, dia juga jauh sekali untuk pergi menemui dan mengenali..
siapa ibu dan ayahnya sendiri..



Tuhan,adakah dunia jahiliah datang lagi?
Ayah ibu membunuh anak sendiri..
Untuk kepentingan sendiri..
Tuhan, adakah mereka tidak punya rasa lagi?
 Mungkin imam yang telah tertimbus di bawah nafsu diri..
Moga dapat dijemput di bawa kembali..
Moga juga nanti hati dapat mengerti..


Anak anak kecil..biarlah dibuang ibu bapamu sendiri..kerana aku yakin, kalian lebih berbahagia di samping Pencipta sekarang ini..walau pergimu tiada siapa yang tangisi. Jasadmu tiada siapa yang mengenali, tapi.aku juga yakin, kau kini lebih berbahagia, berlari bersama sama di taman syurga yang kekal abadi…

*aku menangis sendiri..*

19 October 2011

[mengharap sebuah redha]


hakikatnya aku hanya seorang hamba kepada Tuhanku. 
tiap amal ibadah adalah rahsia antara diriku dan Tuhanku.
kerana itu, aku takut..amat takut..
kerana..
aku mungkin belum tentu menggapai redha Tuhanku.
aku juga mungkin masih belum tentu akan ke syurga yang dijanjikan Tuhanku.
tapi..walau begitu..
aku masih lagi tetap berharap,
agar nanti aku dapat merasai indahnya redha Tuhanku.
aku juga terlalu rasanya ingin ke sana.
 untuk menghuni syurgaNya.
bersama-sama insan-insan yang aku sayangi dan cintai buat selamanya..



seandainya, aku ditunjuk Tuhanku tentang dosaku selama perjalanan ini,
mungkinkah aku masih lagi dapat mengimpikan syurga itu?
masihkah aku punya angan-angan untuk ke sana?
Allah...
dalam hina ini, aku masih tetap berharap..
kerana yakinku, tiket untuk ke syurgaMu adalah redhaMu..
lalu, aku ingin terus..
menggenggam keimanan dan sisa kekuatan ..
mencari dan mencari, demi menggapai redhaMu itu..


Tuhan, mohon jaga hati ini. biar niat ini ikhlas demiMu.
:'(

18 October 2011

[janji Tuhanku]


Allah did not promise:
Days without pain,
Laughter without sorrow,
Sun without rain.

But He did promise:
Strength for the day,
Comfort for the tears,
and light for our ways.


 perjalanan hidup terpaksa di sukai,biarpun penuh onak yang melukai..
 
moga Kau terus kuatkan hati ini ya Rabb...
biar iman ini tidak tergugat dengan mainan rasa jiwa...

16 October 2011

[Tuhan, dengarlah ini]

Assalamualaikum.


senja lewat petang tadi telah berlabuh. kini malam gelap ditemani kilauan cahaya bebintang dan bulan. sendiri dan tidak ditemani. menunggu  mentari yang akan menerangi lagi esok hari. tapi, esok hari adalah hari yang belum pasti. kini berteleku, muhasabah diri. 

Tuhan, dengarlah ini.
kisah tentang sebuah hati yang amat sepi.
kisah tentang seorang hamba yang rasa dibaluti dengan dosa diri.
kisah diri yang tergapai mencari cahayaMu dalam kelam yang tidak bertepi.

Tuhan, dengarlah lagi.
hambaMu ini ingin menangis merintih.
memohon kekuatan diri.
buat meneruskan perjuangan yang baru dimulai.
biar sakit dan perih ini terubat sendiri.
dengan kasih sayang yang paling terindah dari Mu Illahi.

Tuhan, terus dengar ini.
aku mahu mohon jangan tinggal aku sendiri.
terus bawa aku ke jalan redha Mu ini.
jangan tutup hati ini selagi belum ku temui cintaMu Illahi.
sungguh, hati ini adalah hati yang berbolak balik.
iman ini terus ada turun dan naik.
namun Tuhan, jangan biarkan aku kecundang lagi.
tertewas di jalan permulaan ini.
Tuhan, mohon redha hati.
merenung kembali. diri yang sering diuji. dengan tiap cara dugaan. namun, pantas hati ini memujuk diri sendiri. bersyukurlah, Allah menguji kerana Dia menyayangi. lalu, aku redha lagi. sekurangnya diri ini masih lagi diingatiNya. alhamdulillah yaa Rabb.. walau hati terlalu lemah kini, tapi syukur masih meniti di bibir ini. Allah.. Allah.. Allah..
 
moga hati cekal hadapi nafsu diri yang selalu menguasai.
 mujahadah ini akan diteruskan lagi.
demi redha Pencipta diri.
inshaAllah.

15 October 2011

[kenapa tak rogol saya?]

re-post dari facebook untuk perkongsian kita bersama.

Kenapa Tak Rogol Saya?
 
Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.    Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
 
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

"jagalah Allah, nescaya Allah juga akan menjagamu."

semoga kita selalu dalam jagaNya.
inshaAllah.
:)


14 October 2011

[makna sebuah kehidupan]

Assalamualaikum.

hidup di sini cuma sekali. kerana ada di sana yang akan kita huni selamanya. 
dan hidup yang sekali ini tidak akan terulang lagi. kerana peluang berada di sini cuma kali ini saja. dan ketahuilah, hidup yang sekali ini jugalah yang akan menentukan, bagaimana hidup kita yang di sana nanti.


 jum tengok video nie. moga dapat menyentuh nadi iman di hati. :)



jadikan hidup kita bermakna, dengan niat untukNya.


jangan jadikan hidup ini satu yang sia-sia. sesungguhnya, dunia ini hanya mainan saja.
hati, moga tidak tertipu dengan asyiknya. yakinilah, di sana lebih hebat indahnya.



soal pada hati,
hidup mana yang kita mahu nanti.
dan moga hati ini belum lagi mati.
moga kita sama sama dapat mencari.
untuk lebih menghargai.
hidup yang sekali ini.
buat bahagia yang abadi.
di sana nanti.
inshaAllah. 

:)

[kerana kamu seorang sahabat]

Assalamualaikum.




"Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi. 
Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan."


 sahabat.
andai ada tingkahku yang tidak menyenangkan.
maafkan aku.
maaf,
kerana aku hanya manusia biasa.
yang khilaf segalanya.
yang mengakui,
dirinya yang tidak pernah sempurna.


 kerana Allah,
aku sayang kamu,
sahabat.

12 October 2011

09 October 2011

[bila terasa lemah, ingatlah pada janji janji Allah]

Assalamualaikum.





kekuatan itu bukan untuk ditunggu.
tetapi kekuatan itu harus dicari.

janji Allah itu pasti.
stay strong, InshaAllah. :)

08 October 2011

[Tuhan, aku malu sendiri]

Assalamualaikum.



Oh Allah…
I told you: I’m in pain.
You said: ‘Do not despair of the mercy of Allaah’ (39:53)
I told you: Nobody knows what is in my heart.
You said: ‘Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest’ (13:28)
I told you: Many people hurt me.
You said: ‘So pardon them and ask forgiveness for them’ (3:159)
I told you: I feel I’m alone.
You said: ‘We are closer to him than [his] jugular vein’ (50:16)
I told you: My sins are so many.
You said: ‘And who can forgive sins except Allah?’ (3:135)
I told you: Do not leave me.
You said: ‘So remember Me; I will remember you…’ (2:152)
I told you: I’m facing a lot of difficulties in life.
You said: ‘And whoever fears Allah – He will make for him a way out’ (65:2)
I told you: I have many dreams that I want to come true.
You said: ‘Call upon Me; I will respond to you.’ (40:60)



 Tuhan,
 memang, aku malu sendiri.
hanya tahu merintih dan meminta.
sedangkan.
Kau telah lama siap menjawab segalanya.
aku malu yaa Tuhan.
malu...

dalam kesempatan yang ada,
moga dapat ku kenal Kau, Penciptaku.
amin...

07 October 2011

[ aku yakin, Allah sedang mendidikku]

Assalamualaikum.

"Life isn't about waiting for the storm to pass, it's about learning to dance in the rain."




mungkin, 
walau dengan cara ini.
biar amat berat dan sukar.
aku yakin.
Allah sedang mendidikku.
inshaAllah. :)

"Don't be sad if Allah seperates you from something or someone you love. If only we knew what His plans were for us, our heart would melt with the warmth of His love." 

 Tuhan,
walau rasa ini tidak mampu aku hentikan dengan noktah.
izinkanlah ia terus berbicara.
walau sekadar dalam bahasa hati.
biar tanpa kata dan tanpa suara.
dan biarlah,
rasa ini yang akan menghubungkan.
dan rasa ini juga yang akan mendekatkan.
aku kepadaMu.


aku redha dalam dakapan ujianMu.
kerana aku hanya hambaMu, dan Kau Tuhanku.

06 October 2011

[ bersabarlah hati, Allah sedang mengujimu ]

Assalamualaikum.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)

 "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (2:155)


[kerana ini takdirku, aku redha.]


 Tuhan,
kurniakanlah aku,
walau hanya secebis kekuatan.
untuk aku meneruskan.
sungguh, ia amat berat.
tetapi aku yakin.
dengan izin dan redhaMu,
aku mampu.
Tuhan,
permudahkanlah.

Tuhan,
aku tahu, Kau sedang mengujiku.
dan Tuhan, aku mohon lagi.
Kau pilihlah aku.
untuk menjadi salah sorang hambaMu yang sabar.
amin.

kerana aku hanya hamba.