31 December 2011

[ secebis penulisan ini ]

Bismillahirahmanirahim..

 

menulis tidak semudah mahu mengungkapkan.
mahu menulis, jiwa perlu punya rasa. 
bukan jiwa yang kosong semata.

kalian tahu, aku menulis juga tidak sesenang yang kamu baca.
aku tahu, mungkin ada yang sedang berbicara.
tapi, cukup sekadar aku tutup telinga dan endah segala.

bila dibandingkan, dengan suatu kisah dulu.
 episod dulu, aku juga menulis cerita demi cerita. 
tapi mungkin kini, isinya tidak lagi sama.
bila aku sudah belajar, walau masih lagi merangkak.
tidak. 
aku tidak akan berhenti.
selagi nafas masih Tuhan beri.
biar meski, berulangkali aku cuba lari.
 benar,
aku menulis sekadar untuk perkongsian.
berkongsi dengan kalian apa yang di rasa jiwa.
dakwah itu bukan hanya sekadar untuk para ulama.
tetapi di pikul semua yang berjiwa Islam.
kerana itu tanggungjawab yang nanti akan disoal Tuhan.
andai aku tidak layak untuk menjadi daie yang berdakwah, 
mungkin cukup saja aku menjadi seorang yang menyampaikan,
walau hanya satu ayat.

maaf. 
aku menulis juga, bukan kerana aku seorang yang baik.
aku menulis kerana aku mahu,
aku dan kita menjadi yang lebih baik.
sekurangnya dengan secebis penulisan ini, 
akan ada hati-hati yang disentuh Tuhan.
sekurangnya, punya saham akhirat yang boleh di bawa bersama nanti.

mohon kemaafaan atas kesilapan. 
mohon tegur bila ada kesalahan.
kerana aku bukan malaikat, aku cuma manusia biasa seprti kalian.
yang mahu mencuba menjadi hamba hanya buat TuhanNya.

selamat melangkah ke tahun 2012.
 
"Tidak ada yang lebih aku sesali daripada penyesalanku terhadap hari di mana ketika matahari tenggelam sementara umur ku berkurang tapi amal ku tidak bertambah."
Abdullah bin Mas’ud
 
 
 moga Allah redha.
aku dan kalian semua.
:)

30 December 2011

[mahu ku pegang erat tali Tuhan]

Bismillahirahmanirahim.


melewati sebuah kehidupan.
berbalut dengan nada tawa riang dan titisan air mata.
benar, andai di tanya, mungkin kisah kita manusia sama saja.
walau kita berlainan cerita.
usah di tanya bagaimana kisah aku.
yang pasti, kisah yang telah dilewati banyak memberi erti.
aku belajar segalanya.
pengalaman, benar juga kata orang, ia mendewasakan.
tidak. bukan sekadar mendewasakan, tetapi cukup buat menjadi sebuah pelajaran.

aku menatap sebuah kehidupan. pantas. kini aku berdiri sebagai seorang remaja.
mungkin sebentar saja lagi bakal menginjak ke alam dewasa.
aku bertanya lagi, sepanjang kehidupan ini, apa yang telah aku perolehi.
aku gelak sendiri. bertanya apa yang telah diperolehi
tetapi tidak pula bertanya apa yang telah aku kumpuli.
bertanya,
apa yang telah aku ada untuk di bawa bersama bila Tuhan sudah menjemput pulang nanti?
 segunung amal atau selautan dosa yang bakal dipamerkan?

malu, hina. segala rasa. :(


Ada orang yang lebih menderita, tetapi masih mengekalkan imannya. Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya.


orang yang bergembira itu, yang sedang menggadaikan imannya. 
terasa bimbang, andai orang itu adalah aku sendiri.
bila aku renung kembali, kadang kala, mahu saja aku memilih untuk menderita, 
menangis di bawah gelap malam, merintih pada Tuhan. 
andai itu saja yang dapat mengekalkan iman.  
kerana, 
mahu aku pegang erat tali Tuhan. tidak mahu terlepas dari genggamanNya.
doaku, 
moga Tuhan, 
pegang erat hati-hati kita, 
meski iman itu sentiasa ada naik dan turunnya, 
tetapi, kita tetap berpaut rapat dengan kasih dan rahmatNya.

moga moga. ameen~
:)

22 December 2011

[penyakit hati-sombong]

Bismillahirahmanirahim.


“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit.”

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(QS. Luqman:18)

ciri-ciri sombong (takabur)
  •  Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya. 
  •  Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya. 
  • Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya. 
  • Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai. 
  • Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah sama sekali. 
  • Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja. 
  • Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting. 
  • Susah minta maaf dan senyum pada orang lain. 
  • Tidak pernah fikir kesusahan orang , hanya fikir kesenangannya sahaja.
 
"Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Pasti itu seburuk-buruk tempat orang yang menyombongkan diri. "
(An-Nahl, 16:29)
 
 
hanya rasa rendah diri, tawaduk dan berjiwa kehambaan yang mampu meleburkan kesombongan dalam diri.
:')


 #homework usrah.
 
cepat masa berlalu, hari ini sudah tamat sem ke tiga. 
alhamdulillah. dua minggu, untuk final exam. nanti pulang ke Malaysia. rindu mereka. :)

18 December 2011

[siapakah kita?]

Bismillahirahmanirahim..

tanya sendiri.
我们丛哪里来?  
*dari mana kita datang?
我们是谁? 
*kita nie siapa?
我们到哪里去?  
*ke mana kita akan pergi? 

 


Dia (Allah) berfirman, " Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui. Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(Al-Mu'minun, 23:114-115)

Tujuan penciptaan manusia-sebagai khalifah dan beribadah.

Allah berfirman, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi" 
(Al-Baqarah, 2:30)
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. 
(At-Tur, 52:56)

moga kita tidak terlupa atas asbab-asbab penciptaan kita.
kerana ini tanggungjawab dan amanah Tuhan. dan semua ini bakal disoal di mahkamah akhirat nanti. moga Allah permudahkan kita. benar, dunia ini cumalah sekadar permainan dan senda gurau semata. kerana itu telah ramai yang terleka dan terbuai sendiri dengan keseronokan palsu dunia ini. 
dan mungkin, dalam keramaian itu, siapa tahu mungkin juga ada aku sendiri. :(


14 December 2011

[antara kita dengan Palestin]

Bismillahirahmanirahim.


Palestin itu jauh dari kita??

Pada kita derita itu,
pada gagalnya peperiksaan,
laparnya perut pada makanan,
putusnya cinta pada kekasih pujaan,
jauhnya ibu ayah dari dakapan,
juga habisnya duit dalam bekalan.

Pada mereka derita itu,
Apabila rumah kediaman digesel trak,
Harta benda serba serbi dirompak,
maruah keluarga dipijak-pijak,
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak,
tanah air Islam diinjak-injak.

irama kita,
adalah suara yang merdu,
atau muzik yang bingit melegakan,
atau suara nasyid yang mendayu-dayu.

irama mereka,
bulddozer yang menghiasi setiap pagi,
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi,
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi.

sungguh sukar kita berada di tempat mereka,
kerana kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka.

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara,
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya.

tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian,
putusnya cinta atau geramnya pada manusia,
tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah,
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan.

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta,
Pada kekayaan melimpa ruah,
pada umur yang panjang,
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan.

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi,
pada syahid tanpa henti,
pada perjumpaan teragung,
dengan Ilahi tercinta.

Siapakah kita berbanding mereka?


 buat penulis kata-kata ini, mohon maaf, share tanpa izin. lupa copy kat mana. maaf yaa. ^^

  
aku memandang mereka, sebagai yang terhebat.


Palestina Tercinta.


Bumi Palestin, tiba masa nanti, akan megah berdiri lagi. kerana janji Allah itu pasti, Islam akan menang kembali. moga jiwa-jiwa kalian, adalah jiwa-jiwa yang syahid pada jalanNya..

palestin, maaf..tidak mampu mengirim jiwa untuk turut sama berjuang bersama kalian di sana. yang termampu hanya mengirimkan cebisan doa. agar andai hidup, moga dalam rahmat Tuhan, dan mati kalian adalah syahid di medan perjuangan. 
bersabarlah, nanti bumi palestin akan hidup lagi. inshaAllah.

13 December 2011

[ bulatan gembira ]

Bismillahirahmanirahim.


Apabila engkau melewati taman-taman syurga, berlabuhlah di sana.
Ada sahabat bertanya,“Apakah taman-taman syurga itu.”
Baginda menjawab, “Majlis-majlis ilmu.”
(HR Thabrani)


kata kakak naqibah, usrah dihadiri bukan kerana mereka baik,
tetapi kerana mereka yang berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik.
 
 usrah, ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. yang nampak pada zahirnya, namun kita tidak tahu sebenarnya mereka sedang membina batas.
usrah juga, yang nampak hanya berhimpun, berbincang. tetapi kita tidak tahu yang sebenarnya mereka sedang membina semula Islam dalam hati.


ini bulatan gembira mereka di bumi sonata. comel. :)



bersyukur. benar-benar. kerana diri juga berpeluang memiliki bulatan gembira seperti ini. walau tiada pertalian darah, kami tetap sebuah keluarga. usrah, inilah bulatan gembira kami. bulatan gembira yang bukan kerana gelak tawa. tetapi, inilah bulatan gembira yang membawa kami mengenal rasa bertuhan. saling berpimpin tangan, dengan harapan menuju syurga yang abadi. untuk berkumpul bersama-sama lagi di sana nanti..
ameen. :)

jazzakillahkhair buat kakak2 naqibah. mohon jangan lepas tangan ini.
terus pimpin kerana dia masih sedang bertatih. takut dia mundur dan mengalah lagi.

11 December 2011

[harus sendiri]

Bismillahirahmanirahim.

 

benar. kali ini dia terasa dia sendiri telah hilang. ditelan buai dunia lagi.
hilang fokus untuk arah tuju hidupnya. terlupa tugasnya sebagai khalifah. lalai menjadi hamba kepada Tuhan. mahu saja dia berhenti. berundur dan mundur. ahh. hina terasa. terlalu.
tapi, bila diingat kembali. dia punya tangunggungjawab. dan tangunggajawab itu akan disoal kira Tuhan nanti. dia mahu kuat dan melangkah lagi.


di luar sana cuaca sejuk beku.
dia tertanya, adakah hati dan imannya juga turut sama beku, seperti rasa di luar sana..

:(

mungkin dia akan berhenti seketika. untuk terus meluah segala di sini. maaf. dia perlukan ruang sendiri. untuk mencari himmah, semangat itu. doakan dia, menemui kembali hatinya.
yakni hati yang pada Tuhan semata. mohon doa.
 

10 December 2011

[short film TOMATO]

Bismillahirahmanirahim.

maafkanlah kesalahan-kesalahan orang lain. seperti mana kamu juga mengharapkan kemaafan Tuhan untuk setiap kesalahan kamu. 


 short film TOMATO made in China.

 Buat sahabat yg jauh. 
Bila hati ini ikut merasai apa yg kamu rasa tapi lidah kelu untuk berbicara. 
Semoga Allah sentiasa menjagamu. Semoga Allah kuatkan kamu bila mana kamu lemah. 
Andai hatimu terluka, moga Allah gembirakan kamu. 
Jadikan ujian sebagai tarbiyah untuk kamu semakin matang.
Andai kegagalan datang menerjah, semoga Allah melapangkan hatimu. 
Andai kejayaan datang bertamu, semoga kamu bersyukur.
 sahabat, jaga diri, jaga iman, jaga hati. :)


sahabat, andai tiada lagi kesempatan buat kita bertemu dan bersama-sama di dunia ini, moga nanti Allah akan mempertemukan kita semua kembali. bersama-sama di syurgaNya. semoga. :)

ya Allah, terasa amat rindu. merindui mereka. 
mereka yang pernah mendampingi diri sebagai seorang sahabat. 
benar-benar merindui. :(

bila ukhuwah itu ada dasarnya kerana Allah. inshaAllah, terasa keindahan itu. tiada lagi kata- kata friend forever, sebab yang kita mahu adalah friend till Jannah. InshaAllah.. :)



tahniah buat madmie dan kawan-kawan. dah dilamar Hilal Asyraf, Langit Illahi utk video seterusnya.. moga teruskan usaha-usaha untuk dakwah ini.. moga Allah redha. :)

08 December 2011

[Allah itu dekat]

Bismillahirahmanirahim.


kita nampak bulan. tapi sebenarnya bulan tu jauh sangat. kita ta nampak Allah. tapi sebenarnya Allah tu dekat sangat.
kan? ^^
 
 
"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”
[Qaf 50:16]
 
 

05 December 2011

[Barakallah]

Bismillahirahmanirahim.




buat cousin dan isteri,


بارك الله لكما وبرك عليكما فجمع بينكما في الخير

moga Allah memberkati kalian.
dan moga juga kekal bahagia bersama sampai syurga.
 ameen. :)

walau jauh, tetap gembira melihat mereka.
hanya bait bait doa yang mampu dikirimkan. :) 

03 December 2011

[iman sedang tenat |ubat hati]

Bismillahirahmanirahim.

ku tanya apa khabar hati?
yakni iman.
adakah juga turut sama sakit seperti badan ini?

mungkin. hati ini sedang sakit. walau mungkin tidak lagi tenat. kerana dia mula merasakan jiwanya kosong. melayang walau tanpa ada angin yang menghembus. seperti tiada isi seperti hari-hari yang pernah dia jalani suatu ketika. menangis. dia merindukan saat-saat itu. saat-saat dia menangis di kala ingin meraih cinta Tuhannya.

tidak. tidak. dia tidak mahu hatinya mati sekali lagi.
mohon doa, mohon bantu. terus capai tangan ini, bawa dia keluar dari kepompong futur ini.

Carilah hatimu sewaktu mambaca AL-QURAN..jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT..jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk TAFAKUR mengingati MATI..jika kau tidak temui juga, BERDOALAH kepada Allah..pinta HATI yang BARU.



 UBAT HATI-OPICK



pertama baca al-Quran dan maknanya.
ke dua solat malam dirikanlah.
ke tiga berkumpullah dengan orang soleh.
ke empat perbanyaklah berpuasa.
ke lima zikir malam berpanjanglah.

moga hati kita, 
adalah hati yang selalu mendambakan redha Allah, hati yang merindukan syurga.