26 August 2011

[ tersurat dan tersirat akad nikah ]


“Aku terima nikahnya dengan si pulanah binti si pulan dengan mas kahwinnya RM..”

Itu adalah tersurat. Apa yg tersirat? yang tersirat ialah,


“Aku tanggung dosa-dosa si pulanah dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku 

tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau 

gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku 

hingga pecah badan aku”



okei lelaki lelaki, ada rasa seram ta? ==!


>copy paste dari sahabat<


lots of love,

21 August 2011

[ kesedihan itu ]


 “kadang-kadang,
lebih baik membiarkan kesedihan bertandang,
andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita padaNya,
daripada,
kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dariNya,
mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang mendekatkan kembali 
kita pada Allah.
dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang mengingatkan bahawa
Allah sentiasa ada,
saat kita susah dan senang.
” 

"dan kerana Allah, bersabarlah"
[74:7]
lots of love,

20 August 2011

[ jum buat cupcake ]

Assalamualaikum.

hai awak semua. harap sehat sehat saja. puasa tade ponteng ponteng kan? hee ^^

okei, meh sini, baca ini. Ieyqa na share resepi. glurppp~ nie first time ieyqa share resipi maen masakmasak kat sini. okei. sila amek perhatian. hee ^^
hari tuhh, tetiba jaa ad mood na masakmasak. rasa na try buat cupcake. nie resepinya. kalau suka, bolehh laa awak awak try jugakk. boleh hidang raya nanti. hekhek. :)
actually resepi ni pun Ieyqa tanya cik google jaa. alhamdulillah, berkesan. hee ^^

okei, mula mula, awak kompem kena laa ada bahan bahan nie yaa.
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur

 Sila campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak kedalam periuk. Masak atas api kecil hingga larut. 

Campurkan tepung, soda bikarbonat n baking powder dalam mangkuk. 


 Pukul telur hingga kembang.


Campurkan dengan campuran koko tadi. ratakan. Masukkan tepung. Gaul sebati. 


Bakar selama 20 min. 

dan, ini hasilnya~


okei, awak na tahu rasanya macam mana, awak try laa buat. hee.^^
actually Ieyqa na wat cupcake yg comelcomel tuhh. ad icing bagai, tapi ada kekangan. sakit perut gulingguling, so ta berdaya na buat comell comell. ni jaa yg mampu. hukhuk.
len kali jaa lerr~

okei, senang kan? so, selamat mencuba. hee ^^

lots of love,

18 August 2011

[ bila tidak lagi tahu pada siapa harus meluah kata]

 Assalamualaikum.

dalam kehidupan. ada sesetengah perkara, kita tak tahu nak cerita pada siapa. benar kan? ada sesetengah perkara, kita diamkan sendiri. bisu tanpa kata. kita simpan saja dalam hati. biar terpendam sendiri. tidak tahu bagaimana harus meluah dan terluah dengan kata. 
kerana kita sendiri percaya. tidak semua benda harus dikongsi.


tapi, kita harus sedar. dalam sunyi diam, kita ada Dia. Dia yang selalu ada untuk kita. hanya kita yang perlu pergi kepadaNya. mencari dan merintih pada lembayung redhaNya. Dia tempat meluah segalaNya. kerana, diri kita sendiri jua adalah milikNya. pergilah kepadaNya. luahkan setiap katamu padaNya. pohonlah segalanya dariNya. carilah ketenanganmu bersamaNya. InsyaAllah. akan kamu temui segalanya.


hebat bagaimana kepedihan hidup, sakit perih sekali pun, percayalah. bahagia itu tetap ada. kita yang perlu lari dari keresahan itu dan berlari ke arah bahagia itu. insyaAllah.
hidup ini dipenuhi jeriji ujian dan dugaan. maka, tabahlah hadapi segalanya. ujian itu bukan sia-sia semata kecuali ada sesuatu tersirat yang telah tersurat di sebaliknya. 


lots of love,

17 August 2011

[ mengapa Allah ambil kembali ]


 kadang-kadang,
kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
untuk uji kita.
masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
untuk sedarkan kita.
bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
dan
kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
itu bukan untuk menghukumi kita.tapi untuk memberi pengajaran.bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu
kita 
lakukan.

kte share dari sini.
p/s:sayang buat manusia biar berpada, kerana yang lebih layak memiliki sayang itu adalah Dia. dan hargai tiap yang ada, takut nanti hati akan menyesal kecewa bila sudah tiada di depan mata.

lots of love,

16 August 2011

[ berdoalah ]

Assalamualaikum.


dan Tuhanmu berfirman, 
" Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina, " (40:60)

berdoalah dan mintalah segalanya dari Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar. insyaAllah Dia akan memakbulkan. andai Dia tidak makbulkan permintaan dan doamu, pasti ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia rencanakan buatmu. serahkan segala keyakinanmu padaNya. kerana segalanya tidak akan terjadi kecuali dengan izinNya. insyaAllah.

salam nuzul Al- Quran buat kalian semua. :)
moga Allah redha.

lots of love,

10 August 2011

[ Bible di sebalik setiap belog? ]

Assalamualaikum.

hai! selamat pagi readers!

dunia makin macammacam. dunia realiti. mahu jugak dunia IT. err. malas na celoteh panjangpanjang.

tengok sini. 

bila ditulis link blog kita. http://ieyqaadam.blogspot.com.
okei, memang laa kluar blog kite yangg comel kacak bergaya yg penuh coretan.

ce'try pulakk kita tukar link kte tuh jd macam neh. buang 's' pada blogspot, http://ieyqaadam.blogpot.com

cetengok apo ado~


umm. macammacam cara manusia nie kan? pandaipandai laa hidup~

okei, baibai. lots of love, Ieyqa Adam.

09 August 2011

[ usah diungkit kisah lalu yang telah berlalu ]

Assalamualaikum.

sepi malam ini. sunyi. seakan-akan membawa kembali kisah semalam untuk direnung kembali. berfikir sejenak, mencari kedamaian. hilang kerana dek kegelisahan. benar, yang telah berlalu, tetap telah berlalu pergi. namun terkadang, sayang sekali bila setiap yang telah berlalu itu masih lagi terikat erat bersama masa kini. 


aku berfikir dan mahu meluah rasa. adakalanya, masa lalu yang telah pergi mungkin ada membawa bersama sebuah erti. maksud aku pengajaran, mungkin. peristiwa masa lalu adakalanya ajarkan kita apa itu ketabahan dan kekuatan. kerana itu, kita terus mara ke depan. mencari secebis kekuatan di sebalik jeriji peristiwa semalam. benarkan?
tapi, bila ikutkan hati. ramai yang mahu korbankan masa lalu. mahu lupa segala. tiap derita, tiap cerita. perit agaknya. bagi aku pula, itu pun baek juga rasanya. padam segala. alangkah baeknya. tapi, diibaratkan seperti kte menggunakan pensel menconteng kertas kosong, bila dipadam, mahu tidak mahu, kertas itu tetap tidak sama lagi. pasti ada terkesannya.


dan andai bertanya pada aku, bagaimana dengan masa lalu. kata aku, aku tetap mahu lepas segala. tutup tirai. tidak mahu pusing toleh lagi. aku mahu terus langkah ke depan. cipta kisah baru. aku tidak ingin dan tidak mahu masa lalu menghukum masa yang aku punya kini dan masa yang bakal aku lalui nanti. mungkin tidak semudah yang aku mahu,tapi aku tetap akan mencuba. pasti. insyaAllah.

masa lalu telah hilang disebalik setiap cerita. tidak usah diungkit dan dibicara lagi. cukup dengan masa kini yang telah dipunyai. dan aku bersyukur, masih berpeluang untuk memiliki, kamu, yang disayangi. :)

lots of love, Ieyqa Adam.

08 August 2011

[ Blue tomorrow , 到了明天 ]

Assalamualaikum.

okei, kte na share lagu ni ngan kalian. jum dengar. thanks buat Cik Tulus Sweet sebab bagi kte lgu neh. :) dengar lagu pun, satu cara belajar okei. hehe.

*amaran buat yang putus cinta, sila jangan layan sangat. nanti ta pasalpasal boleh menangis satu baldi.


 

wan an people ! love you all, Ieyqa Adam.

07 August 2011

[ mari belajar mandarin ]

Assalamualaikum.

selamat tengah hari dunia. macam laa satu dunia baca blog neh. hehe. hari nie, kte belajar mahu? klu mahu, senyum yaa. hehe. jum! cikgu na ajar bahasa mandarin. cikgu laa pulakk. haha. belajar biasabiasa saja. ilmu kte ta banyak lagi. hekhek. baru dua tahun mendalami bahasa mandarin neh. lagi tiga taun kena bertapa menuntut ilmu kat Beijing. insyaAllah. :)

okei, yang ni, kamu bolehh laa gune dalam harian. hehe.

你好! - Nǐ hǎo![Hello]
你好吗?- Nǐ hǎo ma?[ Apa khabar? ]
我很好。- Wǒ hěn hǎo. [ Saya sihat. ]
谢谢。- Xièxiè. [ Terima kasih. ]
不客起。- Bù kè qǐ. [ Sama-sama. ]
再见。 - Zàijiàn. [ Jumpa lagi. ]
欢迎。 - Huānyíng. [ Selamat datang.]

yang neh pulakk, ayat na gedikk sket. haha 

我爱你。-  Wǒ ài nǐ. [ I love you] *kompem sume dahh tau, hehe
我想你。- Wǒ xiǎng nǐ. [ I miss you ]
你好可爱。 - Nǐ hǎo kě'ài. [ Awak comelll ] *utk si gadis.
你好帅。 - Nǐ hǎo shuài。 [Awak kacak bergaya. ] *utk si jejaka.

okei, sampai sini dlu pembelajaran kte hari nie yaa. hehe. okei, ini makluman, cecuba awk tengok perkataan tuh, macam ada corakcorak sket kan? tuh bukan corak na bagi nampak menarik tau. yang tuh, nada yg perlu di baca. ada itonasi, macam kte bace al-quran laa. ada panjang pendek cam gituh. tapi klu mandarin, bkn pnjg pndek, err. susa na terangkan. grr. tape laa.. len kali saya terangkan yaa. insyaAllah. kalau ada kesempatan, sy ajar kamu menulis mandarin pulak. sebab menulis pun, kena ikut turutan susunan. okei, belajar mandarin neh banyak syaratnya. hoho ^^

btw, saya na ucapkan tahniah buat yang terpilih menjadi batch ke empat belajar mandarin di Beijing nanti. congrats! you all so lucky.  *kalau awk semua baca laa. hehe :)

lots of love, Ieyqa Adam.

[ aku ingin mencintaiMU ]

Assalamualaikum.

selamat petang kalian. sambilsambil kte tengah tunggu waktu berbuka, meh kte samasama layan lagu neh jum. hayati liriknya, dengan hati. insyaAllah, kte akan rasa sesuatu. :)

Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu
Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi
|aku ingin mencintaiMU, edcoustic|
na download lagu neh, boleh klik sini.
 
selamat menghayati lagu nie dan selamat berbuka puasa semua. :)

05 August 2011

[rahmat Allah itu luas]

Pandanglah ke bawah
untuk sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insaf amalmu yang terbatas
moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi

Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan
tapi harus ditempa oleh kerikil ujian
sering kali kealpaan dan mazmumah diri
diperingatkan oleh kesempitan rezeki

Sejauh mana kita mengasihi manusia
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa
hitung kesyukuranmu
bukan kesukaranmu
Kekadang Tuhan menyempitkan
agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan
kekadang Dia melapangkan
agar engkau tidak selalu dalam kesempitan
kekadang Dia melepaskan kau dari kedua-duanya
agar engkau tidak bergantung kepada sesuatu
selain Nya.


[ di mana Dia di hatiku ]

04 August 2011

[egonya aku]

 terkadang aku terlalu biadab
menyoal Mu
kenapa aku
tidak dia, tidak mereka 

Terasa egonya hati
terasa kasarnya jiwa
berhadapan dengan mahu Mu
aku tidak redha

Ahh... aku si debu yang hina
terbang bagai habuk di kaki langit
sudah dikendong
ingin pula dijunjung

Ya Allah...
berikanlah aku kerendahan itu
agar aku mampu merayu-rayu Mu
Ya Allah...
berikanlah kelembutan hati
agar aku teleku, tunduk dan tersembam
di telapak redha Mu.


[ di mana Dia di hatiku ]

03 August 2011

[mengapa kita masih hidup]

Assalamualaikum.


Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri: "Kenapa Allah SWT masih hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan Iman Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. Allah masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat."


Allah, You are forgiving and love forgiveness. so, forgive me.