21 June 2011

[memujuk diri]

Assalamualaikum.

awan hari ini mendung. awan kelabu berarak tinggi di atas sana. di kamar ini, suhunya dingin saja. seiring rasa hati mungkin. cuba mencari ketenangan di sebalik rasa yang terasa.

termenung dan terfikir. cuba memotivasikan diri. memujuk diri mungkin juga.

Bayangan: kamu baek-baek saja kan?
Aku: aku berharap begitu. InsyaAllah.
Bayangan: rasa kecewa?
Aku: entahlah. sukar mahu tafsir segala rasa.
Bayangan: aku tidak mahu melihat kamu begini.
Aku: kamu ingat aku mahu?
Bayangan: bersabarlah. Allah ada.
Aku: sabar? bagaimana? punya cara?
Bayangan: berserahlah pada jalan takdir. kadang kala kita harus belajar untuk melepaskan sesuatu. dan meletakkan kepercayaan kepada Allah. Dia Lebih Maha Tahu.
Aku: benar. aku tahu itu.
Bayangan: capai al-Quran. baca. percayalah, kamu akan temui sesuatu darinya.
Aku: insyaAllah. yaa. itu lebih baek kan?
Bayangan: Hmm. *senyum sendiri lagi* kamu kuat dan kekuatan itu ada.

[life is tough, but i'm tougher.]

tunduk perlahan. hembus nafas yang bersisa. tidak akan mengeluh dalam perjalanan ini. mahu bersyukur kerana ujianNya. kerana aku tahu, nanti, aku pasti akan menyedari ada hikmahNya. insyaAllah.

lots of love, Ieyqa Adam.

[jangan bunuh kepercayaan itu]

Assalamualaikum.

kepercayaan itu satu rasa. ia ada dalam setiap jiwa manusia. dan lahirnya di situ kerana ia punya makna. di sebalik kata, ia sangat berharga. 


apa pun, simpanlah kepercayaan itu walau ia hanya tinggal secebis cuma. kerana kepercayaan adalah sesuatu yang paling sukar untuk dicari dan teramat mudah untuk lenyap.

[jangan pernah bunuh kepercayaan itu selagi ia maseh ada.]

kata aku, kepercayaan itu penting. dan mungkin juga bagi kamu. kepercayaan itu bersyarat. jangan pernah kamu letakkan kepercayaan kepada yang menipu, dan sila jangan menipu kepada yang mempercayai kamu.

lots of love, Ieyqa Adam.

16 June 2011

[hadapi dunia]

Assalamualaikum.


masih lagi berjalan pada langit takdir Illahi. menuruti jejak waktu yang masih ada yang berbaki. waktu kelmarin telah lama mati. dan yang pasti,ia tidak akan pernah hidup kembali. tetapi, aku di sini masih lagi mengingati kenangan yang pernah termiliki. tetap mengenang kembali. atau adakah aku masih lagi setia menanti sesuatu yang tidak lagi pasti?


[i did all i could and i gave everything,
but you had to go your way and the road was not for me]


senyum saja dan hadapi dunia. tetapi jangan pula terkorban kerananya. dunia hanya sebuah taman permainan yang mengasyikkan yang sementara cuma. tiba masa, taman ini akan di tinggalkan jua.

p/s;mahu bersiap packing barang untuk pergi bercuti selama tiga hari.
selamat malam semua. :)

 
lots of love, Ieyqa Adam.